Kejutan TMJ dah Istimewa , Sikap Rakyat tak Istimewa. AEON Tebrau terpaksa ditutup hari ini

Kejutan TMJ dah Istimewa , Sikap Rakyat tak Istimewa. AEON Tebrau terpaksa ditutup hari ini

 

JOHOR BAHRU 12 APril – Selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan istimewa apabila membayar kesemua barangan yang dibeli oleh pengunjung di AEON Mall Tebrau City semalam, pasar raya itu ditutup hari ini.

Kejutan TMJ dah Istimewa , Sikap Rakyat tak Istimewa. AEON Tebrau terpaksa ditutup hari ini

Gambar yang didakwa diambil dalam pasar raya AEON Tebrau City Mall.-UTUSAN ONLINE

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook Aeon Mall Tebrau City pagi ini memaklumkan pasar raya itu ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kehadapan pelanggan yang dihargai. Seksyen pasar raya AEON Mall Tebrau City ditutup pagi ini sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” tulis kenyataan tersebut.

Tular di media sosial pagi ini gambar yang didakwa dalam pasar raya tersebut dengan barangan yang tidak sempat dibeli.

Kejutan TMJ dah Istimewa , Sikap Rakyat tak Istimewa. AEON Tebrau terpaksa ditutup hari ini

Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam tiba di pusat beli- belah itu pada sebelah petang semalam secara spontan beramah mesra dengan para pengunjung yang sedang membeli keperluan asas.

Tunku Ismail kemudian membuat pengumuman untuk membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan menerusi alat pembesar suara.

Ia disambut penuh gembira dan rasa teruja oleh pengunjung daripada pelbagai kaum yang kemudiannya ‘menyerbu’ pusat beli-belah di tingkat bawah berkenaan yang menempatkan pelbagai barangan keperluan asas harian. sumber

-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *