Tali kafan jenazah terbuka.Terbeliak mata jiran semua tengok muka jenazah biru.

Tali kafan jenazah terbuka.Terbeliak mata jiran semua tengok muka jenazah biru.
Amalan sihir dan khurafat ini memang ada sejak dahulu lagi. Pengamal yang mengamalkannya mempunyai sebab-sebab tertentu seperti ingin kuat,kaya,cantik dan sebagainya. Namun mereka tidak sedar amalan tersebut akan memudaratan diri. Iblis dan syaitan tidak akan memberikan kesenangan kepada manusia,tetapi akan menyesatkan. Allah juga sangat murka kepada pelaku sihir ini dan dosa ini amat besar kerana mensyirkkan Allah.

Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh Ilyana Zain di laman Twitter miliknya.Seorang pengamal sihir mati dan akhirnya ia memakan diri. Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita.

Jiran jumpa dalam keadaan tak sedar, disahkan mati

Tali kafan jenazah terbuka.Terbeliak mata jiran semua tengok muka jenazah biru.

Bukan nak buka aib, tapi untuk pengetahuan semua. ni kisah jiran yang mengamalkan. so cite ni untuk pengajaran, terutama sekali bila benda ni boleh jadi turun temurun

So kita ada jiran yang macam ni, tapi Al Fatihah dulu sebab dia dah meninggal dunia.

Satu harini, dia sakit. Jiran jiran jumpa dia dalam keadaan tak sedar diri dalam rumah sendiri. Jadi nak dikatakan arwah tinggal sorang kat rumah tu

Panggil ambulans untuk bawa ke hospital, pihak hospital kata arwah dah takde. Call anak anak dia, ada yang kata otw, ada yang kata tak dapat balik. Yang otw tu bukan dekat nak oi, jauh nuh kat kedah.

Jiran kena gilir-gilir jaga jenazah sampai esok pagi

So anak dia kata minta jiran jiran bantu mandikan jenazah kat rumah, masa tu jam 2 petang. Tanya ustaz untuk proses kebumi. Ustaz datang balik dalam sejam katanya tunggu jawapan orang kubur

Dah siap mandi kan jenazah dalam jam 4.oo petang siap kafan sekali, pastu sejam duk baca yassin. Nak dekat maghrib ustaz kata takde kosong. Kena tunggu esok pagi. So tugas tugas jiran memang kena jaga la jenazah.

Okay now, around 8.00 pm jiran setiap pintu akan jaga sejam. So memang macam-macam la dorang kata, sampai part pintu rumah kita dalam jam 11.00pm macam tu, kita pun jaga lah dengan mama. dalam tengah jaga tu kitorang pun duk jela baca yassin untuk arwah

Kaki jenazah lari dari arah kiblat

Then, kami dua perasan, kaki jenazah lari daripada arah kiblat. Memang lari. Gerakan tu pun kami nampak. Memang meremang sampai melompat keluar rumah. tp mama tahan dia suruh gak stay sebab amanah.

Betulkan jenazah ke arah kiblat balik

bayangkan lah mcm mana nak stay, pastu mama bagi cadangan cun pula nak suruh betul kan jenazah ke arah kiblat balik, paling cun dia suruh kita tolak daripada part kepala. dia ambil kaki. mentang-mentang dekat dengan pintu, pedajal punya mama

Tali kafan terputus…

so beranikan juga la nak betulkan, tengah tolak tu, tali kafan bahagian badan terputus. Allahu, mama ikat balik. then kitorang tolak ke arah kiblat. masyaAllah berat Allah je tahu. lepas tolak tu, laju-laju terus keluar pintu. tak cakap banyak dah

Jiran seterusnya nampak jenazah kat dapur

cukuplah sejam kami jaga. next door pula, tapi kami tak cite apa apa. tak sampai 10 minit jiran tu dah ketuk ketuk rumah kami. katanya dia nampak jenazah kat dapur. kitorg pun besar mata dengar takkan la jenazah bangun?

rupanya dia cakap jenazah berbaring ke dapur, bukan kat tempat asal. kepala otak la, lepastu memang panggil semua jiran keluar minta tengokkan. bila semua pergi jenazah elok je kat ruang tamu. kami call anak dia suruh balik cepat

lepas anak dia balik, kitaorang cite la kat anak dia, anak dia tak percaya terus maki maki kitorang kata kitorang bagi alasan taknak jaga arwah. malas nak gaduh kami semua balik. tinggal dia dengan arwah je

Anak kunci dalam rumah, balik rumah bersepah, nasi berselerak, rumah busuk

tp kami tetap prihatin, jenguklah juga. lagi teruk anak dia kunci mak dia kat dlm rumah, anak dia turun bawah gi beli makan. lepas dia balik tu rumah ambil kau bersepah, nasi kat dapur berselerak. rumah jadi busuk.

dia sendiri pun nampak mak dia duk gerak-gerak, panggil ustaz. ustaz kata roh tak aman. anak dia kata mak dia memang mengamalkan. kadang dia kata dia nampak mak dia duk suap orang makan kat dapur tapi tak tahu suap sape

Baca surah, tali kafan kepala terbuka, semua terkejut

ustaz pun baca la surah-surah sekali tali kafan kat kepala terbuka, semua jiran terkejut, muka biru bai. lepas pada tu ustaz duk renjis air mawar bagi keadaan wangi. tak sampai 10 minit muka arwah kembali normal.

esok pagi tu pergi kebumi, adalah masalah sikit time kebumi tapi wallahu’alam tak tahu apa. just dengar jela cite. anak dia bakar benda yang mak dia amalkan, tapi tak terbakar sebab dah sebati. apa jadi kat benda tu memang tak tahu sampai sekarang

Sumber: Ilyna Zain
Edit oleh: Suaramedia.org

tapi tak tipu, rumah tu memang seram walaupun di pandang. gangguan kat jiran? memang ada. tapi kitorang dah biasa. sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *